Saturday, February 26, 2011

K I S S

KISS ME IF U DARE ??? Wow..... try cakap kat BF korang macam nie, x yah tunggu dah mesti drg terkam hehehe. Kiss ade banyak meanings...

THE KISS

 
Kiss on the hand - i adore u                                       
Kiss on the cheek - i just want to be friends
Kiss on the neck - i want u
Kiss on the lips - i love u
Kiss on the ears - i am just playing
Kiss anywhere else - lets not get carried away 

So apakah tande nye ciuman suami @ pasangan anda ? Sebenarnye ade secret die..
Ciuman di Dahi

Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.


Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.


Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta. Anda tetap dicintainya, tak kira apa yg berlaku.


Kucupan dari Belakang

Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!


Kucupan Lutut

Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.


Ciuman Di hujung Kaki

Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.



So sayangilah pasangan anda. Beri lah kasih sayang sepenuhnya dlm apa jua cara sekalipun. So nanti bila dah kawen boleh la tau ape maksud setiap ciuman yang diberikan dari suami kite. Kalu bg pasangan yang belum berkahwin tu, nak wat hehehe up to u all la. Janji korang semua happy dengan pasangan masing - masing kan ? Aku selaku pemilik blog ini sentiase akan mendoakan kebahagiaan kawan - kawan. Jangan lupe doakan kebahagiaan saye jugak ye...   Happy Reading...... :)

No comments:

Post a Comment